Baja Tunggal (Straight Fertilizer)

Baja tunggal atau straight fertilizer ialah baja yang membekalkan satu nutrient sahaja kepada tanaman. Contoh baja tunggal ialah urea, super phosphate, ammonia, muriate of potash (MOP) dan sebagainya.

Baja tunggal ini boleh terus digunakan sebagai baja kepada tanaman tetapi kandungan nutrien yang dibekalkan adalah tidak sempurna. Baja tunggal ini biasanya digunakan dalam pembuatan baja campuran dan baja kompleks. Kelebihan menggunakan baja tunggal ialah kerana harganya yang murah berbanding baja campuran dan baja kompleks. Walaubagimanapun, kesannya terhadap tanaman adalah kurang memuaskan.
 
Jenis Baja Tunggal
LBW Agro menawarkan pelbagai jenis baja tunggal untuk keperluan Ladang seperti Kelapa Sawit, Getah, Pokok gaharu, Sawah Padi dan sebagainya. Baja tunggal ini biasanya membekalkan 3 Nutrien utama kepada tanaman iaitu Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Potassium (K) yang lebih dikenali sebagai baja NPK dikalangan pemilik ladang.
1

Baja Nitrogen - Nitrogen ialah kandungan utama yang terdapat dalam setiap baja komersial. Nitrogen adalah Nutrien yang penting kepada tanaman kerana Nitrogen merupakan komponen dalam sel tumbuhan yang mengandungi klorofil yang warna hijau kepada tanaman.
Nitrogen berfungsi untuk membekalkan makanan kepada tanaman dan membantu pertumbuhan pokok. Kekurangan Nitrogen akan menyebabkan Daun menjadi kekuningan dan gugur. Pertumbuhan pokok juga menjadi lambat.

2
Baja Fosforus - Baja Fosforus (P) merupakan elemen kedua dalam baja yang berperanan untuk merangsang pertumbuhan akar dan pengeluaran bunga. Sistem pertahanan pokok juga menjadi semakin kuat dan pertumbuhan pokok tidak akan terbantut.
3
Kalium (K) - Unsur Kalium sangat penting dalam proses pembungaan dan pembuahan. Kekurangan unsur K akan menyebabkan proses sintesis protein terjejas. Kalium membantu di dalam proses kimia dalaman pokok  seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.
4
Baja Magnesium (Mgo) - Magnesium merupakan salah satu unsur penting kepada tanaman. Ianya penting untuk pembentukan Klorofil dan merupakn komponen penting dalam protoplasma tanamn. Kekurangan Magnesium akan menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan mati.